" LIDAH BUAYA (ALOE VERA)TELAH DIGUNAKAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN SEJAK 4,000 TAHUN DAHULU"
Kenapa? Tak percaya ka?
Ni nak cerita sikit pasal sejarah Aloe Vera atau dikenali sebagai Lidah Buaya dalam bahasa saintifiknya. Hehehehe...
Aloe Vera berasal dari perkataan Arab "Alloeh" yang membawa maksud "Bahan Pahit Yang Bersinar". Aloe Vera atau Lidah Buaya dikenali sebagai "Tongkat Sakti Syurga" oleh orang asli Amerika dan dipanggil "Doktor Dalam Pasu" oleh penjelajah agung Christoper Columbus, aloe vera ataupun lidah buaya sememangnya bukanlah suatu pokok yang biasa.
Tulisan-tulisan yang merekodkan keberkesanan lidah buaya untuk pelbagai kegunaan kesihatan dan rawatan tradisional telah diperturunkan dari seawal 4,000 tahun dahulu, seperti yang dijumpai pada Ebers Papyrus, iaitu suatu tulisan Mesir kuno dari tahun 1500an Sebelum Masihi.
Dalam manuskrip perubatannya, Pedianos Dioscorides iaitu seorang pakar perubatan terkemuka lebih kurang 2,000 tahun dahulu juga telah menerangkan dengan terperincinya kegunaan lidah buaya untuk pelbagai rawatan tradisional dalaman dan luaran.
Mengikut lagenda, Iskandar Zulkarnain telah menakluki pulau Madagascar atas gesaan penasihatnya iaitu ahli falsafah terkenal Aristotle semata-mata untuk memperolehi bekalan lidah buaya yang mencukupi bagi kegunaan tenteranya, iaitu untuk disapu pada luka askar-askarnya. Ratu Cleopatra juga telah dikatakan menganggap kecantikkannya disebabkan oleh lidah buaya yang sering digunakannya.
Berdasarkan fakta-fakta dan lagenda-lagenda di atas serta pelbagai dokumen sejarah dari merata-rata tempat di seluruh dunia, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lidah buaya adalah salah satu daripada tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam rawatan purba.
Dalam dunia moden hari ini, mungkinnya kegunaan lidah buaya yang paling dikenali ramai ialah sebagai ejen untuk melegakan dan memulihkan luka.
Akan tetapi, ramai para penyelidik percaya bahawa lidah buaya boleh membawa lebih banyak lagi manfaat yang lain disamping menolong memulihkan luka. Bukti-bukti beranekdot yang dikumpulkan daripada surat-surat perakuan oleh penggunaan lidah buaya dan eksperimen-eksperimen makmal mencadangkan bahawa lidah buaya mungkin boleh membantu untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan daripada masalah kulit hingga ke masalah dalaman yang berkait dengan usus dan sistem imun.
Sejak penemuan semula lidah buaya pada awal 1900an, pelbagai penyelidikan telah dijalankan oleh para saintis di seluruh dunia ke atas lidah buaya. Walaupun tidak dapat sebarang unsur spesifik lidah buaya yang telah dikenalpastikan boleh merawat apa-apa penyakit tertentu, namun secara umumnya para penyelidik percaya bahawa ia adalah tindakan bersinergi beratus-ratusan sebatian dalam lidah buaya yang menghasilkan kesan-kesan positif yang telah dialami oleh pengguna-pengguna lidah buaya.
Daripada analisa makmal, gel aloe vera menunjukkan bahawa ia mengandungi lebih daripada 200 sebatian termasuk 20 jenis asid amino, 12 antrakuinon, 12 vitamin, 8 enzim, 20 mineral, 4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asid salisilik, lignin dan hormon. Tindakan-tindakan bersinergi sebatian-sebatian inilah yang dipercayai memberikan aloe vera sifat-sifat anti keradangan, pemulihan lika dan perangsang imunya, yang pula menolong memperkuatkan sistem pertahanan dan pemulihan badan kita untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan.

Tahu tak sebenarnya terdapat lebih daripada 300 spesis aloe yang wujud di serata dunia tetapi hanya 4 daripadanya yang diiktiraf dan diketahui mempunyai nilai nutrisi untuk perubatan. Dan dari 4 spesis ini, spesis yang mempunyai nutrisi yang paling tinggi untuk perubatan adalah dari spesis Barbadensis Miller.
KELEBIHAN ALOE VERA/LIDAH BUAYA
Jika dimakan/diminum untuk kesan dalaman badan, Aloe vera telah terbukti memberi kesan yang baik kepada badan untuk;
Peredaran darah - membantu dalam melancarkan edaran darah dan mengawal tekanan darah serta mengelakkan pembekuan darah.
Masalah tulang dan sendi - kandungan mineral dan asid amino yang tinggi membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut
Detoksifikasi - Kandungan asid amino membantu hati dan buah pinggang dalam proses menyingkirkan toksin dalam badan/darah.
Penghadaman - membantu menyelesaikan masalah penghadaman dan usus termasuk ulser peptik
Julap - ia mempunyai sedikit sifat julap ke atas usus untuk membantu dalam proses mencuci usus
Sistem imunisasi - mempunyai banyak bahan membekalkan elemen anti bakteria, anti radang dan analgesik
Penjagaan kulit - melembap dan menyamankan kulit
Lecur dan selaran matahari - kualiti penenang dan penyembuhan aloe vera diketahui umum untuk sebarang jenis luka akibat lecur terutama akibat selaran matahari
Bagaimana aloe vera berfungsi dan memberi kesan masih belum dapat difahami sepenuhnya tetapi ia adalah satu perangsang kepada sistem badan yang mana bertindak terhadap penyakit dan gangguan kesihatan dengan sangat berkesan
No comments:
Post a Comment