Friday, 19 June 2015

Rahsia Anak-Anak Sihat dan Kuat

Semua ibu bapa berharap anak mereka membesar dengan sihat dan mempunyai tubuh yang kuat. Sebahagian besarnya bergantung pada diet yang sihat dan nutrisi yang seimbang bagi kanak-kanak membesar dengan normal dan sihat. Oleh kerana nutrisi adalah penting untuk tubuh dan perkembangan mental, malnutrisi akan menyebabkan pertumbuhan kurang normal dan menjejaskan kesihatan. Walau bagaimanapun, pemakanan berlebihan akan menyebabkan kegemukan, penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.



NUTRISI YANG SESUAI

7 nutrien utama yang diperlukan oleh tubuh adalah;
  • Protein
  • Lemak
  • Karbohidrat
  • Air
  • Vitamin
  • Mineral
  • Serat

Nutrien seperti ini boleh didapati dari diet harian dan kanak-kanak tidak digalakkan untuk makan berlebihan atau memilih makanan. Untuk nutrisi seimbang, tabiat pemakanan baik harus dipupuk dan berfokus pada kualiti dan kuantiti, dan bukan pada jenis makanan. Piramid makanan adalah satu alat yang baik untuk menjelaskan bagaimana untuk memilih makanan yang berlainan jenis.



MASALAH KEGEMUKAN

Mengikut kaji selidik di Chinese University of Hong Kong, tahap kegemukan pelajar Hong Kong telah berganda dalam satu dekad - meningkat dari 11.3% kepada 22.5% dan dari 8.9% kepada 16.8% untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kajian juga menunjukkan terdapat 24-44% golongan dewasa yang kegemukan mempunyai masalah yang sama ketika zaman kanak-kanak. Lagipun, lebih daripada 60% kanak-kanak gemuk berumur 5-15 tahun, terlibat dalam sekurang-kurangnya satu faktor penyumbang dalam masalah kardiovaskular, meningkatkan risiko penyakit jantung, kencing manis, strok dan kegagalan fungsi ginjal.

Oleh itu, ibu bapa adalah digalakkan untuk memastikan anak-anak kekal aktif dengan aktiviti yang menyihatkan seperti bersenam, berlari, berbasikal atau berenang selama 30 minit setiap kali, 3-6 hari seminggu dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

JANGAN CEREWET TERHADAP MAKANAN

Cerewet terhadap makanan, ditambah dengan memakan makanan segera dan snek yang berlemak tinggi dan kurang serat, menyebabkan pemakanan yang tidak seimbang, meningkatkan masalah kegemukan atau kurang berat badan.

Satu kajian menunjukkan terdapat 43.2% kanak-kanak yang cerewet terhadap makanan; 60% daripada mereka memakan makanan yang kurang daripada 1 sajian sayuran dan 1 sajian buah-buahan setiap hari; hampir separuh daripada mereka tidak mempunyai 3 hidangan tetap.

Cerewet terhadap makanan menjejaskan penyerapan nutrien, menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral. Ini akan menyebabkan perkembangan tubuh dan minda kanak-kanak terjejas. Selain membantu kanak-kanak menghentikan tabiat buruk, ibu bapa juga boleh mempertimbangkan penggunaan supplemen tambahan diet.

KEPENTINGAN BERSARAPAN PAGI

Mengikut penyelidikan Chinese University of Hong Kong, lebih daripada 10% pelajar sekolah rendah tidak makan sarapan pagi, tetapi berat badan mereka bertambah disebabkan memakan terlalu banyak snek. Pakar-pakar mendapati tabiat tidak makan sarapan pagi akan menjejaskan perkembangan otak, menyebabkan konsentrasi rendah, kandungan gula dalam darah rendah dan dengan demikian, emosi tidak stabil.

Biasanya, sarapan pagi yang digantikan dengan snek berkalori tinggi, kurang nutrien dan kanak-kanak menjadi gemuk dan kekurangan mineral, seterusnya mempengaruhi pertumbuhan tulang.


No comments:

Post a Comment