Tuesday, 30 June 2015

10 Tips Utama Cegah Masalah Kegemukan Kanak-Kanak

Pada masa kini, kegemukan adalah masalah kesihatan yang utama di kalangan kanak-kanak. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak telah melebihi tiga kali ganda berbanding dengan 30 tahun yang lalu. Kegemukan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik. Tambahan pula, kebanyakan kanak-kanak yang gemuk mengalami masalah yang sama apabila mereka memasuki zaman dewasa. Keadaan yang sama juga dilihat di negara lain.

KESAN KEGEMUKAN TERHADAP KESIHATAN DAN MENTAL

Kanak-kanak yang gemuk mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat penyakit-penyakit berikut akibat sebab-sebab yang dinyatakan di atas;

  • Diabetes
  • Tahap kolestrol yang tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Hiperlipidemia (Paras lipid atau lemak yang tinggi dalam darah)
  • "Sleep apnea" (gangguan nafas semasa tidur)
  • Hati berlemak
  • Masalah Sendi


KANAK-KANAK YANG GEMUK LEBIH CENDERUNG MEMPUNYAI MASALAH BERIKUT


  • Kurang keyakinan diri
  • Keputusan akademik kurang baik
  • Rasa terasing dan murung



10 TIPS UTAMA UNTUK MENCEGAH MASALAH KEGEMUKAN DI KALANGAN KANAK-KANAK





  1. Pastikan anak anda makan sarapan pagi setiap hari. Kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi yang berkhasiat setiap hari adalah kurang cenderung menjadi gemuk.
  2. Hidangkan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk anak anda.
  3. Pastikan anak anda mencuba pelbagai makanan yang sihat dari usia muda.
  4. Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan bergoreng dan makanan ringan.
  5. Kurangkan pengambilan minuman manis dan minuman ringan.
  6. Mendidik anak anda tentang kepentingan mempunyai diet yang sihat.
  7. Makan sederhana di hadapan kanak-kanak. Ibu bapa adalah model yang paling penting bagi tabiat makan anak mereka.
  8. Tingkatkan aktiviti fizikal mereka, kurangkan masa yang digunakan untuk menonton tv dan mengguna komputer.
  9. Luangkan masa bersama-sama dengan anak-anak anda untuk melakukan senaman sperti berjalan, berjogging dan berenang.
  10. Galakkan anak-anak anda minum banyak air, sekurang-kurangnya 1 Liter sehari.

SUPLEMEN MAKANAN UNTUK KESIHATAN KANAK-KANAK

ALOE BIT'S N' PEACHES
  • Mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% dan kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.
  • Mengandungi tambahan vitamin A, C dan E dari buah pic yang membantu untuk mengekalkan sistem imun dan kulit yang sihat.
  • Jus yang memang sesuai untuk kanak-kanak, boleh menggantikan minuman yang tinggi gula dan kalori tinggi di pasaran.

FOREVER LITE ULTRA WITH AMINOTEIN
  • Sebagai sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat untuk kanak-kanak.
  • Mudah dihadam dan diserap oleh badan.
  • Kaya dengan Protein, Vitamin dan Mineralyang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.


ARCTIC SEA
  • Mengandungi gabungan minyak ikan dan minyak zaitun semulajadi untuk membekalkan Omega-3 dan Omega-9.
  • Omega-3 membantu meningkatkan metabolisme lemak dalam badan.
  • DHA adalah penting untuk perkembangan otak dan mata.



No comments:

Post a Comment