Friday, 29 May 2015

MLM - Baik atau Buruk??

Perkongsian ini adalah berdasarkan pemahaman dan pengetahuan saya mengenai MLM. Sesiapa yang lebih arif, lebih memahami ataupun mempunyai idea yang berlainan, pendapat anda amat di alu-alukan.

Masyarakat kita bila sebut saja pasal MLM, pastikan akan berikan tanggapan yang negatif? Kenapa? Sebab dah banyak yang di dengar dan diberitahu tentang kegagalan orang yang masuk MLM. Tapi kenapa orang gagal, tak mungkin tak ada orang yang berjaya. Kalau tak kenapa orang asyik menyogok yang MLM ni boleh bagi kesenangan. Mesti ada sebab dan jawapannya kan.

Pertama sekali kita tengok apa maksud MLM.

MLM adalah singkatan kepada Multi Level Marketing ataupun Network Marketing iaitu satu sistem pemasaran berperingkat ataupun sistem jualan langsung. In adalah satu sistem yang digunakan oleh sesuatu syarikat untuk memasarkan produk mereka.

Satu kajian menunjukkan 98% orang yang menyertai MLM gagal. Maksudnya hanya 2% saja yang berjaya. Biar betulll....

Kenapa terlalu ramai yang gagal??? Walaupun hanya 2%, masih ada yang berjaya. Bermaksud MLM boleh membuatkan orang berjaya. Apa yang orang berjaya buat yang orang gagal tak buat. Itu yang patut kita fikirkan.

Kalau betul la MLM ni tak bagus, kenapa ada beratus-ratus mungkin beribu-ribu syarikat seluruh dunia menggunakan sistem MLM?

Kenapa beribu-ribu orang sertai MLM?

Kenapa orang sanggup keluarkan duit beribu-ribu malahan puluhan ribu sampai ada yang sanggup meminjam sana-sini dan buat pinjaman bank?

Tak pelik ke? Mesti 'something wrong somewhere'.

Bagi saya, ada beberapa faktor yang membawa kepada kegagalan dan saya akan cuba kupaskan satu persatu. 

1. PEMILIHAN SYARIKAT YANG BETUL.

Di Malaysia terdapat antara 700 hingga 1,000 syarikat MLM yang menawarkan pelbagai jenis produk. Mungkin lebih, mungkin kurang. Bagaimana pun, macam mana kita nak tentukan dan pilihan syarikat mana yang betul-betul mempunyai potensi dan yang patut kita pilih untuk kita berjaya. Ada beberapa ciri yang patut kita periksa sebelum buat pilihan;

PERTAMA : 
Adakah syarikat itu berdaftar dengan Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)

Di Malaysia terdapat satu badan yang memantau syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan yang menggunakan sistem jualan langsung atau MLM. Hanya 69 syarikat sahaja yang berdaftar di bawah DSAM dan mempunyai kelulusan untuk menjalankan perniagaan menggunakan sistem tersebut. Jadi, mana yang lain???

Boleh semak syarikat yang berdaftar di link ini. - http://www.dsam.org.my/members-list

Syarikat yang tidak berdaftar dengan DSAM mempunyai risiko bila-bila masa saja dibekukan ataupun ditutup dan sudah tentu kita tak nak terperangkap dalam situasi macam tu kan.

KEDUA :
Latar belakang syarikat

Perkara kedua yang kita patut periksa adalah latar belakang syarikat tersebut. 
  • Bilakah ia ditubuhkan
  • Di mana ia ditubuhkan
  • Berapa besar syarikat tersebut
  • Kehadiran syarikat tersebut di negara lain seluruh dunia
  • Berapa lama berada di pasaran
  • Ranking di pasaran
  • Kekuatan kewangan syarikat
  • Adakah ia pengeluar/pengilang atau orang tengah
Faktor ini akan menetukan sama ada syarikat itu terjamin untuk kita mencapai kejayaan. Sesebuah syarikat MLM MESTI ditubuhkan dan berada di pasaran melebihi 30 tahun. Biasanya, untuk 10 tahun pertama adalah proses untuk mengukuhkan syarikat tersebut. 10 tahun yang kedua adalah untuk menilai keberkesanan dan kualiti produk yang ditawarkan manakala 10 tahun ketiga adalah untuk memastikan yang pelan pemasaran syarikat tersebut adalah berkesan dan boleh diterima pakai.

Kekuatan syarikat dari segi kewangan dan kehadirannya di negara akan membuatkan kita lebih yakin dan tahu sama ada syarikat itu adalah satu syarikat yang besar atau tak. Sudah pasti kita nak pulangan yang tinggi kan, tapi kalau syarikat tu kecik, macam mana nak dapat.

Jadi, pastikan periksa latar belakang syarikat sebelum buat keputusan untuk menyertai mana-mana syarikat MLM. Syarikat yang tidak betul kukuh bila-bila masa saja boleh tutup.

Jika sesuatu syarikat tersebut bukan pengilang atau pengeluar, tetapi mengambil sesuatu produk dari mana-mana kilang/pengeluar, produk itu dilabel dan dipek atas nama syarikat mereka, maka mereka adalah ORANG TENGAH. Mesti faham, sebelum produk sampai kepada anda untuk dikongsi kepada orang sekeliling anda, orang tengah ini telah mengambil separuh dari keuntungan yang anda patut dapat sekiranya produk itu boleh dapat terus dari kilang, secara tak langsung, harga produk itu akan menjadi mahal ataupun margin keuntungan anda menjadi kecil. Jadi, periksa dengan teliti.


2. PRODUK YANG DITAWARKAN.

Pastikan jangan 'join' mana-mana syarikat yang tak ada produk. Itu adalah 'money game' ataupun skim cepat kaya.

Produk yang ditawarkan mestilah berkualiti. Kalau produk pemakanan, periksa kandungan produk tersebut. Adakah ia halal di makan. Adakah ia mempunyai tanda halal. Jika produk kesihatan, adakah ia mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk semak pendaftaran produk dengan KKM, sila klik link ini. http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/maklumat/semakan-pendaftaran-produk.html


Harga produk merupakan satu faktor yang penting yang akan menentukan orang akan berminat untuk membeli atau tidak produk tersebut. Jika harga produk itu mampu milik, mempunyai kualiti yang baik dan dapat menyelesaikan masalah mereka, mereka tidak akan teragak-agak untuk membeli.


3. PELAN PEMASARAN SYARIKAT

Pelan pemasaran adalah faktor yang akan menentukan cara untuk kita menjana pendapatan dan bagaimana kuatnya strategi syarikat tersebut dalam memberi pulangan kepada ahlinya. Upline atau orang atasan yang memperkenalkan syarikat tersebut patut menerangkan dengan jelas pelan pemasaran syarikat kepada orang bawahan. Jika tidak jelas dengan pelan pemasaran, hala tuju akan menjadi kabur. Anda tidak akan tahu apa yang patut anda buat untuk mencapai apa yang anda impikan.
Boleh dikatakan semua syarikat MLM menggunakan sistem pairing. Contohnya, seorang kena buka 2 down line atau istilah MLM sebagai kaki. Jika kedua-dua kaki hidup, upline akan dapat bonus. Kalau tak, tak ada bonus. Sebelah kaki gajah, sebelah kaki zirafah, tak ada la bonus. Bagi saya, mana mungkin kita boleh mendapatkan atau membina 2 empayar yang mempunyai satu kualiti yang sama. Sedangkan cop jari kita kiri dan kanan pun tak sama, macam mana kita nk kawal kedua-dua empayar supaya buat prestasi atau jualan yang sama. Ini pun antara punca kegagalan dalam sistem pemasaran MLM.

Tapi, ada ke syarikat MLM yang tak guna sistem pairing ni. Mungkin ada, buat kajian lagi.

4. SIFAT DIRI SENDIRI

Ini adalah punca utama kenapa orang gagal. Bukan saja dlm MLM, tapi dalam apa saja yang kita buat, sifat kita menentukan sama ada kita berjaya atau tak. Saya pasti semua bersetuju dengan saya.

Pada saya, dalam MLM konsepnya cukup mudah. ANDA BUAT ANDA DAPAT. Betul tak?

Dalam dunia ni, NO EASY MONEY. Itu yang saya pegang. Duit tak kan datang bergolek kalau kita tak usaha. Orang yang kaya dan berjaya sekarang tak mencapai semua tu dengan mudah dan sekelip mata. Banyak masa, usaha dan kegagalan yang akan ditempuhi sebelum nak berjaya. Itu belum masuk pengaruh luaran yang negatif lagi.

Kita lebih banyak memberi alasan daripada penyelesaian. Lebih banyak mengelak atau bertangguh daripada bertindak. Inilah sifat orang kita. Penghalang utama untuk kita berjaya bukanlah faktor luaran tetapi berada dalam diri kita sendiri. Itu musuh kita yang paling utama, tapi bukanlah mudah untuk kita runtuhkan tembok penghalang dalam diri, bukan mudah nak kalahkan musuh. Tapiiiii... orang berjaya boleh buat kan. 

Jadi, kalau kita nak berjaya, kena jadi macam orang berjaya la, belajar apa yang orang berjaya buat, ikut apa yang orang berjaya buat, Insha Allah kita akan terpaksa berjaya. Cari seseorang yang boleh dijadikan mentor dan belajar rahsia kejayaan mereka.

Ada yang join MLM, buat separuh jalan, berhenti. Sebabnya ter'makan racun' orang-orang sekeliling. Sudahnya tumbang. Tapi kalau azam dalam diri kuat, tekad tu kuat dia akan tempuh semua benda tu. Tapi berapa ramai yg boleh pekakkan telinga dan terus buat sampai berjaya.

Apa yang penting, setiap orang yang sertai MLM mesti ada matlamat dan sebab tersendiri tetapi berapa kuatkah keazaman untuk capai matlamat tersebut. Hanya orang yang betul-betul rasa perlu berubah demi capai matlamat yang akan berjaya, selebihnya akan menyerah kalah lebih awal dan berhenti. Golongan inilah adalah golongan yang gagal dan menjadikan MLM itu satu persepsi yang negatif kepada orang lain.




Mesti kenal dengan orang-orang di atas ni kan. Kalau betul Network Marketing atau Multi Level Marketing ni tak bagus, kenapa mereka meletakkannya sebagai satu pilihan untuk mereka berjaya. Fikir-fikirkan...

Ini pula berdasarkan statistik. Tak dapat cari yang baru tapi rasanya ini dah cukup.

"Pada tahun 2002 , nilai jualan syarikat jualan langsung adalah RM 2 Bilion. Pada tahun 2008 pula angka jualan meningkat kepada 4.3 Bilion dan  pada tahun 2011 pula angka jualan meningkat lagi kepada 8.5 Bilion. Untuk tahun 2012 pula , KPDNKK mensasarkan industri MLM bakal menyumbang RM 10 Bilion kepada pendapatan ekonomi negara.

Melihat kepada statistik ini , Industri jualan langsung negara disasarkan meningkat sebanyak enam hingga 12 peratus setahun sekali gus memberi sumbangan besar terhadap Pendapatan Negara Kasar selari dengan pertumbuhan ekonomi negara sehingga 2020."

KESIMPULAN

Kalau kita teliti tengan betul semua faktor-faktor di atas, kat mana buruknya MLM melainkan kalau syarikat atau produk mahupun pelan pemasaran tu sendiri yang tak OK lah. Terletak kepada kita untuk membuat pemilihan yang bijak. Pastikan buat sedikit kajian sebelum menyertai mana-mana perniagaan berasaskan sistem MLM dan pastikan syarikat tu betul-betul terkenal, besar dan ada masa depan yang cerah.

Selebihnya terletak pada diri sendiri macam mana nak mencorak perniagaan tu. Bila dah masuk mana-mana perniagaan MLM, dah macam jadi bos untuk perniagaan sendiri. Jatuh bangun perniagaan tu adalah tanggung jawab sendiri.

Sekali lagi saya tegaskan, apa yang saya tulis ni adalah sekadar pemahaman dan sedikit pengetahuan yang saya ada. Kalau ada yang lebih arif dan pakar dalam sistem MLM ni dan punyai pendapat yang berlainan, boleh kongsi di ruang komen. Bukan nk nak mencari salah tapi nak mencari pengetahuan supaya ramai orang kat luar sana tak salah langkah.

Saturday, 23 May 2015

DETOKS - Kenapa Perlu Detoks???


Jika anda mengalami 3 atau lebih gejala-gejala di atas, ini bermaksud badan anda menangandungi kadar toksik yang tinggi dan perlu di detoks.

Detoks atau detoksifikasi bermaksud proses atau fungsi asas badan menyingkirkan dan meneutralkan zat-zat beracun atau toksik dalam tubuh badan melalui usus, hati, ginjal, paru-paru, limfa dan kulit. 

Secara alaminya, badan kita menyahtoksik secara semulajadi sebagai sebahagian proses normal badan. Kini, dengan pencemaran udara, air dan makanan yang kita makan, pengumpulan toksin dalam badan kita boleh menyebabkan kesihatan fizikal dan mental terjejas. Toksin berlebihan boleh menyebabkan letih yang kronik, badan berbau, insomnia dan sakit kepala serta simptom yang lain.

KESAN TOKSIK BERLEBIHAN DALAM BADAN

Keadaan Keradangan
Toksik adalah bahan asing, oleh itu ia mencetuskan tindak balas keradangan sebagai usaha badan menentang toksin. Keradangan ditunjukkan dengan terjadinya keadaan seperti penyakit jantung, psoriasis, asthma, artritis dan sebagainya.



Masalah Penghadaman
Saluran gastrousus adalah salah satu cara penyingkiran toksin. Seseorang yang mempunyai toksin yang banyak mungkin mengalami masalah pencernaan, sembelit, ulser dan buasir serta diverkulitis (satu benjolan atau kantung kecil yang terbentuk pada lapisan dalam kolon).


Masalah Kulit
Kulit juga salah satu cara penyingkiran toksin dan masalah kulit seperti akne, ekzema dan psioriasis terjadi apabila terdapat toksin berlebihan dalam badan.


Pemikiran Kognitif
Bagi mereka yang mengalami ketoksikan logam berat, mereka mungkin mengalami daya ingatan lemah, pemikiran kabur dan perubahan mood.


Ketidakseimbangan Hormon
Xenoestrogen (agen sintetik yang bertindak sebagai estrogen dalam badan) boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam wanita, yang membawa kepada simpton PMS, fibroid dan endometriosis (pertumbuhan endometrium (lapisan dalam rahim)). Di kalangan lelaki, ia menyebabkan tahap estrogen yang lebih tinggi dan kiraan sperma yang lebih rendah. Ini menjadi salah satu punca sesuatu pasangan itu susah untuk mendapatkan anak.

BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN DETOKS?

1. Ringankan beban toksin dalam badan dengan menjauhi alkohol, kopi, merokok, gula, lemak tepu dan makanan yang diproses.

2. Berehat dan melegakan tekanan. Tekanan boleh menyebabkan badan anda menghasilkan hormon tekanan di mana jumlah toksin yang banyak dihasilkan dan mengurangkan enzim detoksifikasi dalam hati.

3. Minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari.

4. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Badan anda menyingkirkan toksin melalui peluh.

DETOKS SEGALA RACUN DAN TOKSIK DALAM BADAN DENGAN FOREVER ALOE VERA GEL

Selama 6000 tahun, aloe vera telah digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Orang Mesir dahulu kala menggelarkan aloe vera sebagai 'tumbuhan yang boleh memberi kehidupan abadi'kerana kegunaan dan khasiatnya yang terlalu meluas.

Kita selalu mendengar aloe vera mempunyai kuasa penyembuhan yang sangat baik. Sesetengah orang menanam pokok aloe vera untuk memastikan sentiasa ada cara untuk merawat apabila berlaku kecemasan di rumah. Tetapi berapa ramaikah yang tahu kegunaan aloe vera tidak terhad kepada kegunaan luaran sahaja. Ianya lebih berkhasiat dan berkesan untuk kegunaan dalaman.

Ada pelbagai kepentingan dan kegunaan aloe vera dalam kehidupan seharian kita dan yang paling utama adalah untuk detoksifikasi racun atau toksin di dalam badan. Oleh itu, meminum jus aloe vera perlu menjadi satu rutin untuk mengekalkan kesihatan badan pada tahap optimum.

Terdapat lebih dari 300 spesis aloe vera yang tumbuh di dunia yang mana telah dikenalpasti hanya 5 spesis yang terbaik untuk tujuan perubatan. Daripada 5 spesis tersebut, spesis yang paling terbaik di dunia dikenali sebagai spesis 'Barbadensis Miller'.


Forever Living merupakan penanam, pengilang dan pengedar pati atau gel aloe vera terbesar di dunia berasaskan aloe vera dari spesis Barbadensis Miller. Forever Living juga mempunyai ladang aloe vera TERBESAR DI DUNIA.

Forever Living juga merupakan pengeluar terbesar pati atau gel aloe vera yang mana produk keluarannya FOREVER Aloe Vera Gel adalah dipatenkan. Ia juga menguasai 92% pengeluaran aloe vera dunia.




KHASIAT UTAMA FOREVER ALOE VERA GEL

Khasiat utama FOREVER Aloe Vera Gel adalah sebagai pencuci dalaman untuk badan kita. Ia mencuci dan menyingkirkan toksin dari perut, buah pinggang, limpa, pundi kencing, hati dan yang paling utama dan paling berkesan sebagai pencuci usus.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa aloe vera memiliki kuasa penyembuhan untuk membantu masalah pencernaan, masalah perut mahupun ulser. Amalan meminum aloe vera dapat membantu untuk menyembuhkan tisu-tisu yang cedera atau terkoyak yang sering mengakibatkan masalah sendi dan juga artritis(radang sendi).Ia juga menguatkan sistem pencernaan, baik untuk kulit dan memberikan kesan yang sangat baik untuk kesihatan badan secara menyeluruh.

Adalah digalakkan untuk meminum satu gelas aloe vera sekurang-kurangnya 2 kali sehari di mana ia dapat membantu proses perkumuhan dan secara tidak langsung menyingkirkan racun atau toksin dalam badan secara semulajadi untuk mengelakkan sebarang penyakit daripada menyerang sistem badan.

Monday, 18 May 2015

Sakit Jantung Pembunuh Nombor Satu Rakyat Malaysia

Tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, miskin atau kaya, sakit jantung yakni penyakit yang digeruni dan diketahui pembunuh nombor satu di Malaysia ini boleh menyerang sesiapa saja tak kira masa.



Pernah dengar seorang atlit yang mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat, aktif, tiba-tiba rebah ketika bersukan. Punca kematian didapati disebabkan oleh kegagalan fungsi jantung. Kenapa ini terjadi???

PUNCA UTAMA SAKIT JANTUNG

Menurut kajian, lebihan kolestrol di dalam badan merupakan punca utama berlakunya serangan sakit jantung di samping darah tinggi, kencing manis dan merokok.

Menurut Konsultant Kardiologi dan Elektrofisiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr, Azhari Rosman,

"Ada banyak faktor yang boleh merosakkan fungsi jantung dan sebab utama adalah kerosakan pada otot jantung.

Ia dikenali sebagai penyakit kardiovaskular di mana berlaku kesempitan pembuluh darah disebabkan lemak-lemak melalui proses ateriosklerosis atau pembuluh darah tersumbat. Keadaan ini menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen dan akhirnya rosak atau mati. Apabila rosak, sebahagian daripada jantung akan menjadi parut dan tidak berfungsi. Lama kelamaan, jantung menjadi bengkak dan kegagalan jantung akan timbul.

Arteosklerosis adalah proses pengumpulan bahan-bahan lemak dan kolestrol dalam pembuluh darah menyebabkan bekalan darah ke jantung tersekat dan menyebabkan berlakunya serangan jantung."


Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng berkata, pembentukan kolestrol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami.

"Pembentukan kolestrol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia"

Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama.

Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.

Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolestrol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolestrol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.



Penyakit jantung sudah diketahui umum bukanlah lagi pembunuh misteri dan ia lebih dikenali sebagai "Pembunuh Senyap"(Silent Killer) kerana seseorang yang mengidap penyakit ini mungkin tidak menunjukkan gejala yang dikaitkan dengannya. Bagaimanapun, mereka yang mengalami sakit jantung boleh mengetahuinya melalui beberapa tanda awal atau simptom seperti;
- sakit dada
- sesak nafas
- sakit kepala
- debaran jantung
- dan sebagainya


Amalan pemakanan dan aktiviti yang sihat dapat membentuk jantung yang sihat tetapi adakah ia dapat melupuskan kolestrol yang sudah terbentuk dan bertahun-tahun mendap di dalam saluran darah kita???

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT DENGAN MENGHILANGKAN KOLESTROL DALAM BADAN

FOREVER Arctic Sea, satu-satunya produk yang menggabungkan Minyak Ikan (Omega 3) dan Minyak Zaiton (Omega 9) berupaya untuk memecahkan kolestrol dalam salur darah lebih pantas berbanding produk minyak ikan lain bagi memastikan pengaliran darah yang lebih lancar. Ia juga lebih selamat kerana tiada kandungan merkuri.

Dihasilkan daripada ikan laut dalam yang tidak tercemar bagi menjamin kualitinya,FOREVER Arctic Sea merupakan satu suppliment yang amat perlu bagi setiap individu tidak mengira uisa, lelaki atau perempuan yang mempunyai masalah kolestrol mahupun yang inginkan cara hidup yang lebih sihat. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai FOREVER Arctic Sea, sila klik pada link.

Friday, 8 May 2015

Usus Penyebab Sakit Kronik

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pernah tak korang pergi ke hospital/klinik/farmasi tiba-tiba apa yang korang nampak tak ada sorang pesakit pun. Mungkin kalau klinik atau farmasi tutup kan. Memang la tak ada orang ataupun pesakit. Tapi hospital tak pernah tutup kan. Persoalannya kenapa????

Percaya atau tidak, anda mesti bersetuju bahawa....


Punca penyakit boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang dah dikongsikan dalam entry sebelum ni tapi punca utama penyakit adalah makanan yang kita ambil setiap hari.

Tetapi, untuk hidup kita mesti makan dan tak ada pilihan lain. Makanan yang kita makan akan masuk ke usus dan di situlah segalanya bermula. Secara ringkasnya, usus kita adalah punca kepada penyakit kita.

Dr. John Harvey Kellog, seorang pakar perubatan mendapati bahawa 90% penyakit adalah berpunca daripada kolon yang tidak berfungsi dengan baik. Kegagalan usus atau kolon untuk berfungsi dengan baik boleh menyebabkan 179 penyakit kronik yang mana antaranya adalah Arthritis-sakit sendi, sengal-sengal otot, kuku dan rambut rapuh, tekanan darah meningkat, kelemahan daya ingatan dan tumpuan yang lemah, peredaran darah kurang baik, tangan dan kaki sejuk, kerap sembelit atau cirit birit dan sebagainya.

Di dalam usus kita terdapat jejari-jejari halus seperti permukaan tuala yang berfungsi untuk menyerap segala vitamin, nutrisi dan galian yang terdapat di dalam makanan yang kita makan. Apabila usus kotor dan tidak dapat berfungsi dengan baik, segala vitamin, nutrisi dan galian tersebut tidak dapat diserap sepenuhnya. Apabila seorang pesakit memakan ubat, ubat tersebut tidak akan memberikan kesan sepenuhnya.



Pernah tengok usus lembu, kotor kan. Lembu hanya makan rumput, jadi cuba bayangkan bagaimana keadaan usus kita manusia yang makan segala-galanya.

Untuk mempunyai tubuh badan yang kekal sihat kita mestilah mempunyai usus yang bersih tetapi bagaimana untuk membersihkan usus kita. Usus tidak dapat dikeluarkan untuk di cuci. Disesetengah hospital ada menyediakan perkhidmatan mencuci usus tetapi kos rawatan adalah ribuan ringgit.



Tetapi ada cara yang lebih MUDAH, MURAH DAN BERKESAN untuk mencuci usus.


Ini adalah ALOE VERA GEL yang dikeluarkan oleh FOREVER LIVING PRODUCTS. Ia adalah pati aloe vera yang tulen dan satu-satunya di dunia kerana ianya di'patent'kan. Produk aloe vera lain yang terdapat di pasaran adalah campuran dengan bahan lain dan dijadikan jus atau produk lain yang berasakan aloe vera.

FOREVER ALOE VERA GEL mempunyai serat yang dinamakan saponin yang berkuasa untuk menyerap toksin-toksin yang berada di dalam usus kita. Ia bertindak sebagai agen yang mencuci usus dari kotoran dan toksin yang mana secara tidak langsung akan meningkatkan fungsi penyerapan nutrien.

Ini adalah sebahagian dari kehebatan produk aloe vera tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai FOREVER ALOE VERA GEL, khasiat dan kebaikan serta masalah kesihatan yang dapat diselesaikan, sila klik pada pautan.

Punca Utama Penyakit

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Satu soalan nak tanya, bila kali terakhir korang ke hospital/klinik/farmasi. Mungkin baru mungkin juga dah lama kan tapi persoalannya di sini apa yang korang nampak di sana.

Doktor... Banyak ubat... Banyak pelawat... Nurse/misi yang molek sokmo...hmmmm hehehehe....

Tetapi kalau kita cuba buka minda dan tengok dari perspektif yang berbeza, mungkin ini yang akan kita nampak.

(sekadar gambar hiasan)

Nampak kan berapa ramai pesakit yang tengah tunggu giliran. Ini di hospital, kalau di klinik atau farmasi pulak orang menunggu nak dapatkan rawatan atau ubat.

Apa yang saya cuba sampaikan di atas sebenarnya kalau kita tengok dan fikir, ramai orang yang sakit. Setiap hari ada saja orang di hospital/klinik/farmasi maknanya setiap hari ada saja orang yang sakit kan. Percaya tak setiap keluarga mesti ada seorang yang sakit.

Persoalannya, kenapa orang sakit? Dari mana sakit tu datang?

Orang sakit yang pergi untuk mendapatkan rawatan mungkin disebabkan;
- kemalangan
- sakit yang di warisi secara genetik
- jangkitan kuman/virus
- faktor usia

Percaya tak kalau saya kata punca utama penyakit bermula dari kita sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan."

(Riwayat ad-Dailami)
Penyakit dari perut disebabkan oleh 7 faktor;
1 - Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik
2 - Makan secara berlebihan
3 - Makanan yang tidak ditutup dan terdedah kepada serangga atau habuk/kotoran.
4 - Tidak cermat semasa meneliti isi kandungan makanan atau keadaannya.
5 - Kebersihan diri yang tidak dijaga.
6 - Pengambilan ubat tanpa preskripsi atau nasihat doktor.
7 - Makanan dan ubat-ubatan kini yang banyak mengandungi campuran bahan kimia.

Cara pemakanan kita menentukan kesihatan badan kita. Cara dan pemilihan makanan yang tidak betul boleh menyebabkan penyakit kronik dan lebih teruk lagi maut.

Jadi sama-samalah kita mengamalkan cara pemakanan yang seimbang. Ambil apa-apa "suppliment" sebagai imunisasi diri.



Untuk entry seterusnya saya akan kongsikan bagaimana usus boleh menjadi punca utama penyakit kronik.

Nantikan...